Penduduk Wilayah Ighdir mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran untuk mengecam tindakan mufti wilayah tersebut yang mengirim laporan anti Syiah kepada beberapa kementerian.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beribu-ribu pengikut mazhab Syiah berketurunan Azeri mengadakan demonstrasi besar-besaran dalam rangka membantah penghinaan terhadap Syiah yang dilakukan oleh mufti wilayah Ighdir.Penduduk yang berang dengan penghinaan tersebut menuntut agar gabenor dan mufti Ighdir dipecat serta merta. Sementara itu pasukan keselamatan dikerah untuk mengawal kawasan pejabat mufti dan gabenor wilayah tersebut.Antara mereka yang hadir dalam tunjuk perasaan ialah para ulama Syiah dan penyelia masjid di seluruh pelusuk wilayah Ighdir.
Kazim Siktas yang juga Imam Masjid Saidina Husain kota Karakoyunlu dalam ucapannya berkata, "Mufti Ighdir membuat laporan bahawa pengajian para pelajar Syiah Turki di hawzah-hawzah ilmiyah Iran adalah perbuatan jenayah! Sejak bila melanjutkan pelajaran di negara lain menjadi jenayah?"Tambah beliau lagi, "Para ulama Syiah telah dicadang supaya diajar di Ankara! Apakah kamu mahu memenuhi hasrat kami atau mahukan kami memenuhi keinginan kamu? Tidakkah cadangan yang diusulkan kepada kerajaan ini bukan sebuah jenayah?"Berasaskan perlembagaan negara, kami tetap bebas beramal dengan agama sendiri sehingga akhir hayat," jelas beliau.Pada 13 Oktober lalu Mufti Ighdir telah menulis laporan anti Syiah sebanyak dua muka surat untuk dikirim kepada pihak keselamatan dan berbagai kementerian di Turki setelah ditandatangani oleh gabenor wilayah tersebut.